About this Author

Pendidikan helps public libraries.

Jenis-jenis ilmu fonetik, perbezaan fonetik dan fonologi, dan penghasilan bunyi.

Soalan: Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu

Jawapan:

Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi.  Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu:

a)    Fonetik Akustik

b)    Fonetik Artikulasi

c)    Fonetik Auditori

a)Fonetik Akustik

Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”

Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan  makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:

1. em yang menunjukkan makna “Ya”

Awak yang menghabiskan makanan itu?

em..

2. em yang menunjukkan makna “Tidak”

Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?

emmmmm..

Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.

b)Fonetik Artikulasi

Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi.

Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.

Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif.  Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras.

Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.

c)Fonetik Auditori

Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.

Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.

Soalan 1(b)

Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi

Jawapan:

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Bil. Fonetik Fonologi
  1. 1.
Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.
  1. 2.
Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori. Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal  dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat.
  1. 3.
Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi. Bidang fonologi mengkaji pola-pola intonasi.
  1. 4.
Bidang fonetik menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Bidang fonologi menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu.

(b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut.

Jawapan:

Membunyikan huruf konsonan dalam bahasa Melayu.

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung.

Secara ringkasnya bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
  2. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima

0 Comments