About this Author

Pendidikan helps public libraries.

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

by Pendidikan on September 19, 2010

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

KONSEP FONETIK

Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik.

Deskripsi Fonetik

Bagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyi tersebut sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyi-bunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal  bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unit terkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebut adalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi, kerana bunyi bahasa dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmen bunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadi unit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan bahasa pula, walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem, mengeluh dan batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa.

Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusia adalah bersambung-sambung dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggal bunyi-bunyi ini kepada unit-unit individu. Sebagai contoh, perkataan ‘makan’ sebenarnya terdiri daripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf ‘m’, bunyi kedua diwakili oleh huruf ‘a’, bunyi ketiga diwakili oleh huruf ‘k’, bunyi keempat diwakili oleh huruf ‘a’, dan bunyi yang terakhir diwakili oleh huruf ‘n’.

Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi terhenti-henti berdasarkan sempadan setiap satu perkataan. Contohnya, ‘Saya makan nasi’ terdiri daripada tiga aliran arus bunyi, iaitu aliran bunyi yang diwakili oleh ‘

0 Comments