Got Facebook or Twitter?
Connect your FanBox to Facebook or Twitter & keepyour friends updated with all your activity on FanBox.
It's free and takes less than 10 seconds!
Kemahiran Asas Bola Tampar
Soalan:
Sekolah melantik anda sebagai jurulatih permainan bola tampar: jelaskan kemahiran-kemahiran asas yang anda akan kelolakan bagi pasukan anda.
Bola tampar ialah permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain simpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang diperoleh apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain bagi mecapai objektif permainan.
1.0 Pergerakan
Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak sama ada untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Pergerakan yang asas adalah:
(a) Pergerakan kaki ke hadapan (forward footwork)
(b) Pergerakan kaki sisi ( side footwork)
(c) Pergerakan kaki ke ke belakang (backward footwork)
1.1 Pola pergerakan dan postur badan
Mengetahui pola pergerakan merupakan asas kejayaan dalam sesuatu sukan. Melakukan sesuatu kemahiran dengan postur badan yang salah akan menyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pergerakan dan kemahiran bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana, dan rendah.
Postur tinggi digunakan semasa melompat ketika merejam bola, mengadang pukulan pihak lawan, dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas, dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang.
2.0 Pukulan Servis
Kemahiran permainan utama yang perlu dikuasai pemain ialah kemahiran servis. Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas pasukan mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Servis yang baik akan meletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan tidak mampu membuat serangan. Penempatan bola yang baik, pergerakan bola yang susah dijangka dan kelajuan bola yang tinggi atau gabungan faktor-faktor itu merupakan asas dan unsur yang penting bagi servis yang berkesan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari pemain.
2.1 Servis bawah bahu atau Servis Cedok (the underarm serve).
Teknik-teknik:
(a) Berdirilah secara sisi dengan bahu kiri menghadap jaring (jika kamu memukul bola dengan tangan kanan). Buka kaki seluas bahu. Tangan kiri memegang di bahagian bawah bola. Tangan kanan pula menyokong kedudukan bola.
(b) Genggam tangan kanan dan tangan tersebut ditarik ke belakang. Genggam tangan memberi permukaan luas untuk pemain memukul bola.
(c) Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan apabila pemain mengayun tangan ke hadapan. Bola yang berada di tangan kiri dilepaskan sebelum tangan kanan menyentuh bola.
(d) Bahagian bawah bola dipukul sambil membuat ayunan lajak ke arah sasaran.
Untuk mengawal servis, pemain harus mengubah arah bola dan jarak servis (panjang atau pendek) menerusi latihan-latihan tertentu. Perubahan arah (lurus atau pepenjuru) dilakukan dengan mengubah kedudukan hujung kaki hadapan, bukan dengan mengubah lambungan atau pergerakan tangan. Mengubah atau menukar kelajuan dan perubahan arah secara tiba-tiba se-memangnya berkesan tetapi servis yang cepat mungkin menyebabkan kesalahan.
Kedudukan kaki semasa membuat servis lurus dan servis pepenjuru dengan tujuan menukar arah bola adalah seperti rajah:
2.2 Servis atas bahu atau Servis Gaya Tenis
(the overarm serve or tennis serve).
Dalam servis ini, bola akan dilambung ke atas seperti dalam permainan tenis, dan tangan yang satu lagi akan terus memukul sebaik sahaja bola menurun. Pemain terutama sekali pemain baru, harus berhati-hati kerana bola daripada servis ini mudah terjejas ke jaring atau gagal menemu sasaran.
Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
Teknik-teknik:
(a) pemain perlu berdiri secara sisi ke arah jaring. Kaki dibuka seluas bahu. Pemain perlu memegang bola di hadapan paras mata.
(b) Gerakkan badan ke kaki belakang. Lambung bola pada ketinggian kira-kira
30-45 cm dari tapak tangan, dan ayun tangan yang memukul ke belakang bahu.
(c) Berat badan dipindahkan ke hadapan kaki pemain dan tangan mengayun memukul ke hadapan. Sentuh bola di atas ketinggian kepala.
(d) Pastikan ketika menyentuh bola, lengan tangan yang memukul berkeadaan lurus dan tapak tangan dikeraskan.
Servis-servis lain yang digunakan terutama oleh pemain yang sudah mahir pula adalah seperti berikut:
1. Servis apungan (floater).
2.3 Servis Apungan
Servis ini merupakan servis yang paling popular dalam bola tampar. Bola daripada servis jenis ini akan menaik, menurun atau bergerak ke kiri dan ke kanan menyebabkan ia sukar untuk diterima oleh penerima.
Teknik Servis
1 . Bola dilambung dari tapak tangan.
2.4 Servis Kitaran
Servis kitaran (hook/windwill/roundhouse) ini merupakan servis yang bertenaga dan kuat. Pemain bola tampar agak sukar memahirkan diri dengan servis ini.
Teknik Servis:
1 Comment
VERY CREATIVE POST.
wonderful post..
THANX 4SHARING...