About this Author

Pendidikan helps public libraries.

PENGANTAR PENDIDIKAN

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan

Kumpul beberapa bahan bacaan seperti artikel, jurnal, dan keratan akhbar yang berkaitan globalisasi dan pendidikan. Berdasarkan bahan-bahan yang telah anda kumpul sila buat analisa tentang globalisasi dan kesannya ke atas pendidikan serta cabaran-cabarannya dalam bentuk esei. Panjang esei ini mestilah tidak kurang dari 1500 patah perkataan.

Globalisasi secara harfiahnya bermaksud suatu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti disebar atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia melalui kemudahan sistem komunikasi. Menurut Yusof al-Qardhawi dalam tahun 2001 pula mendefinisikan globalisasi sebagai suatu usaha mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Cendekiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai ‘dunia tanpa sempadan’ (borderless world), suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciri penyejagatan . Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu yang singkat hasil perkembangan mendadak teknologi maklumat yang menggunakan media komunikasi seperti Internet, media elektronik, dan teknologi siber. Penyebaran ini banyak meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, teknologi, politik, dan sosial.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, globalisasi turut memainkan peranan dalam dunia pendidikan secara langsung melalui perpindahan nilai pengetahuan hasil ledakan teknologi maklumat yang pesat. Hal ini adalah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia yang amat menitikberatkan pembangunan dan perkembangan bidang pendidikan. Ilmu pengetahuan memainkan peranan utama sebagai jentera pembangunan negara. Justeru, globalisasi meninggalkan kesan ke atas pendidikan negara dan mempunyai cabaran dalam merealisasikannya.

Globalisasi merubah struktur pendidikan. Sistem pendidikan yang bercorak rigid atau  berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi digunakan. Bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus mendalami ilmu. Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui Program Pembestarian ICT Sekolah. Penggunaan perisian multimedia, Internet, dan e-mel secara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimedia menggabungkan penggunaan visual, audio, dan effect mampu memberikan gambaran pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori. Penggunaan Internet pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh pelajar daripada jurnal, laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik dengan hanya menekan kata kunci untuk mencarinya. Semua maklumat berada di hujung jari. Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang rendah. Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan berkesan dengan perubahan struktur pendidikan ini.

Peluang pendidikan semakin luas dalam meniti arus globalisasi. Kerajaan dan badan bukan kerajaan berlumba-lumba untuk menubuhkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi memberi peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia tanpa mengenal usia dengan syarat kemasukan yang fleksibiliti. Program yang dijalankan pula dapat menyediakan

0 Comments